• Waktu Operasi: 9:00 AM – 6:00 PM

Mengenai edxaPay

  • Apa itu edxaPay?
  • edxaPay memberikan perkhidmatan gerbang bayaran atas talian khusus bagi memenuhi kehendak peniaga-peniaga kecil dan sederhana di Malaysia yang inginkan kaedah pembayaran talian yang lebih selamat, mudah dan pantas untuk berurusan dengan pelanggan-pelanggan mereka. EdxaPay membolehkan peniaga menerima pembayaran melalui FPX, e-walet dan kad kredit/debit.


  • Siapa yang menguruskan edxaPay?
  • edxaPay diuruskan oleh EDXAPAY SDN BHD.


  • Bagaimana edxaPay berfungsi?
  • edxaPay berfungsi sebagai orang tengah yang akan menguruskan pembayaran dari penyedia kad / akaun bank kad / akaun pelanggan anda dan kemudian mengkreditkannya ke akaun bank anda.


  • Mengapa edxaPay?
  • Matlamat utama kami adalah untuk menyokong usahawan dan PKS tempatan dengan memberi pelbagai solusi pembayaran digital. Kami juga menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan sokongan.


Pendaftaran

  • Bagaimana untuk mendaftar sebagai pengguna edxaPay?
  • Anda boleh membuat pendaftaran melalui halaman edxaPay. Selepas mendaftar, anda boleh log masuk ke merchant portal untuk memuat naik dokumen yang diperlukan. Akaun anda akan diproses untuk pengesahan dan kelulusan oleh edxaPay dan bank pemerolehan kami. Kami akan memberitahu anda setelah akaun anda disahkan.


  • Apakah syarat dan peraturan untuk menjadi pengguna edxaPay?
  • 1. Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk mendaftar dengan edxaPay.

    2. Anda boleh mendaftar sama ada sebagai individu atau syarikat perniagaan/organisasi. Sekiranya mendaftar sebagai syarikat perniagaan, syarikat anda mestilah berdaftar dengan pihak SSM.


  • Apakah dokumen yang diperlukan?
  • Syarikat Perniagaan
    1. Borang pendaftaran perniagaan / SSM (Borang 9,24 & 49)
    2. Penyata bank terkini

    Organisasi
    1. Borang berkaitan penubuhan organisasi

    Individu
    1. Salinan No Kad Pengenalan (depan dan belakang)
    2. Penyata bank terkini

  • Tempoh masa untuk mendapat kelulusan?
  • Setelah pendaftaran selesai, ianya akan mengambil masa sekitar 5 hari bekerja untuk akaun anda disahkan oleh edxaPay dan diluluskan oleh pihak bank. Walaubagaimanapun, anda boleh terus menggunakan edxaPay dengan beberapa sekatan sehingga akaun anda telah diluluskan sepenuhnya.


  • Saya telah diisytiharkan muflis, bolehkah saya mendaftar dengan edxaPay
  • Tidak boleh.

Yuran & Caj Lain

  • Bagaimanakah edxaPay mengenakan bayaran kepada saya?
  • Bayaran adalah bergantung kepada jenis pakej langganan yang anda pilih. Kami hanya mempunyai dua (2) caj iaitu yuran langganan tahunan dan yuran transaksi. Caj lain hanya akan dikenakan sekiranya anda memerlukan perkhidmatan tambahan daripada kami.


  • Apakah pakej yang ditawarkan oleh edxaPay?
  • Buat masa ini, kami hanya menyediakan pakej “Promosi” iaitu pakej langganan tahunan percuma seumur hidup kepada peniaga yang mendaftar sebelum 31 Disember 2022.


  • Apakah caj transaksi yang dikenakan?
  • Kami mengenakan caj bayaran seperti berikut:
    1. FPX - RM1.00 untuk setiap transaksi
    2. e-Wallet (T&G dan Boost) - 1.3% untuk setiap transaksi
    3. Kad kredit/debit - 2.5% untuk setiap transaksi

  • Bolehkah saya mempunyai caj transaksi yang lebih rendah?
  • Jika anda yakin bahawa perniagaan anda harus mempunyai kadar yang lebih rendah, anda boleh menghubungi kami di [email protected] untuk perbincangan yang lebih lanjut.


  • Apakah terdapat sebarang caj lain yang dikenakan?
  • Untuk penggunaan biasa, tiada caj tambahan dikenakan. Tetapi berikut adalah senarai caj yang dikenakan sekiranya anda memerlukan perkhidmatan tambahan dari kami:
    1. Pertukaran e-mel akses - RM10.00
    2. Bayaran balik kepada pelanggan anda (transaksi kad kredit/debit sahaja) - 1.5%
    3. Pertukaran butiran akaun bank - RM12.00